Mengapa Lelaki Sukar Di fahami..kami bukan timba

Entri ini sesuai untuk pembacaan 12 tahun keatas...

mengapa lelaki sukar difahami? perkara ini sering berlegar-legar di benak fikiran.. mengapa agaknya?
adakah kerana ego mereka setinggi langit.. ataupun memang lumrah seorang lelaki tidak akan tunduk hanya kerana seorang perempuan.. mereka berasakan diri umpama raja yang berkuasa.. berhak menentukan atau menyuarakan apa yang mereka mahu dan tidak mahu..

begitu juga halnya dari segi percintaan.. pepatah melayu ada mengatakan, pucuk dicita ulam mendatang.. jika pucuk tidak dicita maka ulam pun tidak akan datang kepada kita.. lelaki terkadang ego untuk memanggil 'pucuk'. adakah kerana  mereka hanya ingin memilih pucuk yg segar, muda dan mentah.. atau erti kata lain 'masih merah'. semuanya masih belum terungkai..


semakin moden dunia semakin adat resam dilupakan.. pepatah yang lama dipegang utuh ibarat  perigi mencari timba semakin ketara nampaknya sekarang.. semuaya hanya kerana ego lelaki yang tidak ingin menundukkan barang sedikit egonya demi untuk memberi ruang timba mencari periginya sendiri.. timba tidak akan kenal dengan periginya melainkan perigi sendiri mengizinkan timba memasuki kedalamnya bagi mencebuk barang setimba dua.. itu pun sudah cukup memadai..

wahai lelaki.. sedar kah kamu.. ? kami wanita bukannya seperti perigi mencari timba.. kelak kamu akan menyesal jika si timba ini berlari mendapatkan perigi yg ingin memberikan air kepadanya.. 

sedarlah..sedarlah.. kami tidak ingin menjadi seperti timba.. 

sekian..aku merepek lagi...

This entry was posted in

stats

Category

Sponsors