:: sepi bertandang ::





kesunyian kembali mencengkam diri... terkadang yang indah tu tidak selalunya datang.. terkadang hanya diri seakan tidak mahu mengerti apa yang orang lain rasakan.. dunia sepi, masalah yg sama seringkali berulang kali.. 


cemburu yg melihat kebahagian rakan2... ya rakan2 yang bakal menamatkan zaman bujang, menamatkan zaman bergelar couple, bakal bertunang..dan yang bakal menimang cahaya mata.. 


terkadang diri ini merasa cemburu.. cemburu dengan apa yang mereka ada.. kerana aku hanya insan biasa..namun aku pasrah semuanya telah ditetapkan buat diriku.. orang tuaku telah pergi dari sisiku dalam usia aku masih muda.. kakak kesayanganku juga diambil ketika aku masih darjah 6.. aku pasrah ketentuanmu.. 


aku bersyukur masih punyai abang2... terkadang diri ini cemburu dengan mereka2.. yang bahagia mengecapi hidup bersama insan2 tersayang.. 


hidup seorang insan seperti aku-terlalu perit untuk diungkap.. terlalu pedih untuk dikongsi.. yang mampu aku lakukan---membiarkan airmata ini mengalir -- biarpun tiada yang melihat tiada yang mengerti..cukuplah setakat diri ini yang tahu..


aku juga insan biasa tak lepas dari melakukan dosa yang terkadang kita lalai dan alpa.. buangkanlah sifat cemburuku ini... gantikanlah dengan perasaan kasih sayang.. supaya dapat aku membahagiakan insan2 disekelilingku.. mengertilah... 


aku juga ingin bahagia... ingin bahagia seperti insan lain.. hanya masa yang mampu menentukan... 


hidup semakin hari semakin mencabar.. dunia semakin panas.. usia semakin meningkat.. hati semakin alpa.. jiwa semakin luruh..kerana sering dipersiakan... sering dibuli..sering menjadi pilihan kedua..sering dilupakan sering dihantui dengan mereka2 yang begitu menyakiti hatiku... 


bantulah diriku Ya Allah.. jauhilah sifat2 mungkar dri hatiku... 


terkadang hati tiba2 menjadi hiba... hiba memikirkan diri ini tiada arah tuju..arah yang lurus.. menjadikan diri sentiasa ketinggalan... aku tidak dapat menjadi rakan yg baik, kekasih yang baik anak yg baik.. 


segalanya aku tempuhi bagi menjadi yg lebih baik.. aku juga manusia... manusia yg sering lalai dan leka.. 


maafkan diriku kawan2.. diriku cemburu dengan kebahagiaan kalian.. maafkan diriku... 





stats

Category

Sponsors